GenPlus logo

Terma & Syarat

TERMS & CONDITIONS - AIR CONDITIONER SERVICE

Dengan membuat tempahan servis bersama Genplus Aircond, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat berikut.

1

Skop Servis Canvas Chemical/ Overhaul

Skop servis merangkumi:

  • Pembersihan unit indoor.
  • Pembersihan unit outdoor.
  • Pembersihan filter, evaporator coil, condenser coil, blower (mengikut jenis servis), drain tray dan drain pipe.
  • Gas topup free 20psi sekiranya perlu. Tidak boleh dipindah atau dicampurkan ke unit lain.
  • Pemeriksaan asas operasi unit selepas selesai kerja cucian.

Servis ini BUKAN merupakan servis untuk:

  • Mengesan kerosakan (Diagnosis).
  • Troubleshooting.
  • Pembaikan (Repair).
  • Penggantian alat ganti.
  • Pengisian gas (Gas Top Up).
  • Membaiki kebocoran gas.
  • Kerja pendawaian elektrik.
2

Aircond Tidak Sejuk Langsung

Sekiranya technician mendapati unit aircond tidak mengeluarkan udara sejuk langsung semasa pemeriksaan awal, kerja servis cucian tidak akan diteruskan.

Ini kerana keadaan tersebut menunjukkan terdapat kemungkinan kerosakan teknikal seperti:

  • Kekurangan atau kebocoran gas.
  • PCB rosak.
  • Compressor tidak berfungsi.
  • Capacitor rosak.
  • Fan motor rosak.
  • Sensor rosak.
  • Masalah pendawaian.
  • Komponen lain yang gagal berfungsi.

Masalah seperti ini tidak boleh diselesaikan melalui kerja cucian.

Dalam keadaan ini, technician akan menggantikan kerja-kerja servis dengan menjalankan proses Troubleshooting (TS) terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan.

3

Troubleshooting (TS)

Caj Troubleshooting ialah RM90.00 seunit.

Proses Troubleshooting merangkumi:

  • Pemeriksaan unit indoor.
  • Pemeriksaan unit outdoor.
  • Pemeriksaan bacaan operasi.
  • Pemeriksaan komponen utama.
  • Mengenal pasti punca kerosakan.
  • Memberikan laporan hasil pemeriksaan (Finding Report).
  • Memberikan cadangan penyelesaian.
  • Memberikan sebutharga pembaikan (Repair Quotation).

Caj Troubleshooting adalah caj pemeriksaan sahaja dan tidak termasuk kerja pembaikan atau alat ganti.

Sekiranya pelanggan bersetuju untuk meneruskan kerja pembaikan, sebutharga akan diberikan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja dijalankan.

4

Water Leak Warranty

Warranty kebocoran air HANYA diberikan sekiranya kebocoran berpunca daripada kerja cucian yang dilakukan oleh pihak Genplus Aircond. Warranty water leak adalah 60 hari.

Contohnya:

  • Drain pipe masih tersumbat akibat cucian yang tidak sempurna.
  • Drain tray masih kotor selepas servis.
  • Kotoran yang tertinggal menyebabkan saluran air tidak lancar.

Warranty TIDAK meliputi kebocoran air yang datang dari bahagian lain. Contohnya hasil pemeriksaan drain pipe bersih tetapi air masih keluar dari bahagian selain dari drain pipe. Ada kala air keluar dari sebelah belakang, dalam blower atau lain-lain. Jadi untuk kes seperti ini caj transport akan dikenakan sebanyak RM90. Gambar bukti akan disertakan dalam bentuk report.

5

Pemeriksaan Selepas Servis

Setiap unit akan diuji terlebih dahulu selepas kerja servis selesai.

Technician akan memastikan:

  • Unit boleh dihidupkan.
  • Unit beroperasi seperti biasa.
  • Aircond mengeluarkan udara sejuk (jika tiada kerosakan sedia ada).
  • Tiada kebocoran air semasa ujian dijalankan.

Sekiranya unit berfungsi dengan baik semasa technician berada di lokasi tetapi mengalami kerosakan selepas technician meninggalkan premis, pihak Genplus Aircond akan menjalankan pemeriksaan semula terlebih dahulu sebelum menentukan punca masalah tersebut. Jika masalah berpunca dari servis maka ianya adalah percuma; walau bagaimanapun sekiranya hasil siasatan mendapati ianya bukan berpunca dari servis yang dilakukan maka caj transport RM80 akan dikenakan.

6

Kerosakan Sedia Ada

Pihak Genplus Aircond tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang telah wujud sebelum kerja servis dijalankan.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Compressor rosak.
  • PCB rosak.
  • Capacitor rosak.
  • Fan motor rosak.
  • Sensor rosak.
  • Kebocoran gas.
  • Coil bocor.
  • Pendawaian rosak.
  • Unit yang telah berusia atau mempunyai komponen yang telah uzur.
7

Unit Lama

Bagi unit yang telah lama digunakan atau tidak pernah diservis dalam tempoh yang panjang, terdapat kemungkinan komponen yang telah uzur gagal berfungsi selepas kerja servis dijalankan.

Keadaan ini berlaku akibat faktor usia, kehausan komponen atau kerosakan sedia ada dan bukan disebabkan oleh proses cucian. Tiada jaminan diberikan untuk kes seperti ini.

8

Persetujuan Pelanggan

Dengan membuat tempahan servis bersama Genplus Aircond, pelanggan memahami dan bersetuju bahawa:

  • Servis yang ditempah adalah Servis Cucian & Penyelenggaraan, bukan servis diagnosis atau pembaikan.
  • Aircond yang tidak sejuk langsung memerlukan proses Troubleshooting terlebih dahulu sebelum sebarang kerja servis dapat diteruskan.
  • Caj Troubleshooting adalah berasingan daripada caj servis.
  • Sebarang pembaikan, penggantian alat ganti, pengisian gas atau kerja tambahan akan dikenakan caj berasingan selepas mendapat persetujuan pelanggan.
  • Warranty hanya meliputi skop kerja cucian yang dilakukan oleh pihak Genplus Aircond mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
© 2026 GenPlus Aircond. Sila baca terma ini dengan teliti sebelum perkhidmatan anda.